sahabat penasihat berguna
Tunjukkan aku jalan...
Suluhkan aku lampu cahaya ...
biar dapat ku lihat jalan di hadapan...
Kerana aku sudah kehilangan arah...
bukan aku yang patut menyuluhnya untuk mu ....tetapi dirimulah yg harus mencari dan menyuluhnya sendiri....
Mana bisa ku menyuluh sendiri....
Kerana jalan mu sudah terang...
bantuan mu amat ku harapkan..
Kerana tujuan kita sama, menuju ke jalan-Nya
memang benar tujuan kita sama...
aku hanya mampu menunjukkan mu arah tetapi cahaya dan perjalanan dirimulah yang harus lakukan...
Akan ku simpan kata-kata mu sebagai azimat untuk menempuhi perjalanan ku dalam mencari arah yang lurus...
jangan kau hanya memilih gelap tuk berjalan maka tdklah engkau sampai destinasi yg tepat..
Doakan aku agar ku temui jalan yg terang benderang disinari rahmat dan hidayahNya. Agar dapat kita berjumpa kelak di Syurga firdausiNya
Comments
Post a Comment