Posts

Showing posts from January 29, 2017

Hati oh hati

Image
Bercakap soal hati, ramai yang tidak mengerti, juga yang tidak memahami, dengan apa yang kita rasai, atau yang kita lalui. Hati, perkataan yang senang diungkapkan, namun payah untuk ditaksirkan, kerana terlalu banyak perbezaan, dalam setiap perjalanan, yang penuh liku kehidupan. Hati,  sukar dijaga jika disakiti, senang difahami jika disulami, semua bergantung pada diri, sejauh mana kekuatan dihati, untuk dijaga dengan rapi, agar tidak dikhianati oleh insani. hati kau aku dan dia, hati semua manusia, hati kita sama, cuma jalannya berbeza, mungkin kau bahagia, aku terluka, kau ketawa, aku berduka. jaga hati jangan mati, jaga hati cinta illahi, gelap hati gelaplah diri, tiada cahaya gapai illahi ..