Posts

Showing posts from March 15, 2015

7 jenis sahabat

Image
7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :: 1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya. 2. TAARIIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. 3. AHAMMIYYATAN Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. 4. FAARIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. 5. AMALAN Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. 6. ADUWWAN SAHABAT tetapi MUSUH,  DEPAN kita bukan main dia BAIk lagi tapi bila BELAKANG kita...Alah! Pijak semut pun tak mati! TALAM DUA MUKA. Seperti firman Allah  : " KALAU KAMU MENDAPAT KEBAIKAN ATAU KESENANGAN, IA MENYAKITKAN HATI MEREKA, BILA KAMU DITIMPA MUSIBAH,...

perbezaan wahabi & ASWJ

~Dalil mana? Dalil?~ Wahabi: W Ustaz Ahli Sunnah Wal Jamaah: ASWJ W: Apa hukum Kita buat Mawlidur Rasul? ASWJ: Itu harus hukumnya.... W: tk tu bidaah!! Apa dalilnya??? ASWJ: (Buka Kitab Imam Al-Hafiz Al-Suyuti "Al-Hawii Lil-Fatawii) .. Cube baca fatwa imam sayuti adalah bidaah hasanah. W: ...... (pandang dalam kitab tu)... kitab apa ni? ASWJ: Kitab imam sayuti.... W: Saya bukan nak dalil dari kitab fekah! Saya nak dalil dari Quran hadis!!! ASWJ: Penerangan dari kitab fekah tak cukup ke? W: Mereka (ulama fekah) bukan MAKSUM! Quran dan Hadis sahaja yang MAKSUM! Jadi kami nak dalil dari Quran Hadis! ASWJ: Ulama-ulama yang mengarang kitab fekah ni tak ikut dalil dari Quran Hadis ke? Mereka keluarkan hukum-hukum fekah pakai komik Dragon Ball ye? W: Ada sebahagian yang ikut Quran Hadis, sebahagian lagi bercanggah. Kita bersangka baik bahawa mereka masih belum punya ilmu hadis selengkapnya sepertimana ulama zaman kini punya ilmu hadis. Jadi yang mana bercanggah dengan Quran ...

tazkirah kecilku

 Mengenal tujuan hidup Lihatlah pada diri, Tanyalah pada hati, Siapa yang memberi, Apa yang sedang engkau miliki. Setiap apa ciptaan Tuhan, Setiap apa diberi Tuhan, Sudah pasti ada tujuan, Carilah jawapannya dengan keimanan. Berjalanlah di atas bumi, Dengan penuh kerendahan hati, Kerana apa yang ada disekeliling, Akan musnah di hari kiamat nanti. Sebelum sihat diganti sakit, Sebelum kematian menggantikan kehidupan, Indahkan hidup dengan mendapat berkat, Bahagian akhirat dengan keredhaan

Kerana Dia yang utama

Panggilan Mu sejuk menyapa.. Dalam kesendirian aku melangkah.. Saat mata ini tak mampu melihat.. Telingaku tak bisa lagi mendengar.. Wahai Dzat yang selalu dirindukan.. Tiada nikmat selain diri Mu.. Senyum adalah diam bersama Mu.. Dan diam adalah bergerak bersama Mu.. # assalammualaikum #