tazkirah kecilku


Mengenal tujuan hidup
Lihatlah pada diri,
Tanyalah pada hati,
Siapa yang memberi,
Apa yang sedang engkau miliki.
Setiap apa ciptaan Tuhan,
Setiap apa diberi Tuhan,
Sudah pasti ada tujuan,
Carilah jawapannya dengan keimanan.
Berjalanlah di atas bumi,
Dengan penuh kerendahan hati,
Kerana apa yang ada disekeliling,
Akan musnah di hari kiamat nanti.
Sebelum sihat diganti sakit,
Sebelum kematian menggantikan kehidupan,
Indahkan hidup dengan mendapat berkat,
Bahagian akhirat dengan keredhaan

Comments

Popular posts from this blog

Kerana Dia yang utama

KAU PERGI MENGHILANG