Posts

KAU PERGI MENGHILANG

Image
Kau pergi MENGHILANG. Mengapa kau pergi? Di saat ku belum sempat meluah rasa. Di saat ku rasa ia nya baru ingin bermula. Mengapa kau pergi? Setelah ku rasa kau la orangnya, Orang yang beri ku ceria yang akan ku genggam erat seeratnya. Mengapa kau pergi? Di saat waktu yang Tak ku duga  Sedang aku belum sempat merapikan waktu. Picture by me(senja sabah)

Hati oh hati

Image
Bercakap soal hati, ramai yang tidak mengerti, juga yang tidak memahami, dengan apa yang kita rasai, atau yang kita lalui. Hati, perkataan yang senang diungkapkan, namun payah untuk ditaksirkan, kerana terlalu banyak perbezaan, dalam setiap perjalanan, yang penuh liku kehidupan. Hati,  sukar dijaga jika disakiti, senang difahami jika disulami, semua bergantung pada diri, sejauh mana kekuatan dihati, untuk dijaga dengan rapi, agar tidak dikhianati oleh insani. hati kau aku dan dia, hati semua manusia, hati kita sama, cuma jalannya berbeza, mungkin kau bahagia, aku terluka, kau ketawa, aku berduka. jaga hati jangan mati, jaga hati cinta illahi, gelap hati gelaplah diri, tiada cahaya gapai illahi ..

rasa yang mencengkam jiwa

Tidak pernah ada sedikit pun kebaikan dalam diriku kau pandang .. hanya saja kebencian dan rasa tidak berguna yang kau cuba sampaikan ... kau kata kau kenal aku cukup lama.. tapi kau lupa .. kau lupa bahawa mengenal saja tidak cukup .. jika ia tidak cuba difahami dan didalami .. kau rasa diriku terlalu dimanja ... hingga mampu memijak mu ke tanah ... hanya saja bisa kau dengar hati ku ... akan kau dengar keinginan ... kasih sayang mu ... perhatian mu ... semua itu yang aku pintah dari diri mu .. p/s: nasihat dia dengan baik .. bercakaplah dengan dia secara lembut ... usah kau bandingkan mereka dengan yang lain kerana insan manusia itu berbeza- beza .. Api takkan padam jika diberi api ... malah api bertambah marak ,  maka jadilah air yang mampu memadamkan ...

dekatkan diri pada pencipta ketenangan jiwa menyesuli

Bila hati gelisah mencari Damai yang entah di mana Semua yang ada tidak kisah Lantaran jiwa makin merana Air mata di pipi membasahi Menangis jua tidak ke mana Kenapa perlu susah-susah dekat Dia pasti hati gerhana Ujian kebendaan,hadapilah ia dengan Usaha,doa dan tawakal Ujian keimanan,hadapilah ia dengan keteguhan agama Ujian perasaan,hadapilah ia dengan Fikiran yg waras Orang yang bahagia itu selalu menyediakanWaktu untuk beribadat kerana ibadat itu ibu Ketenangan hati

sahabat penasihat berguna

Image
Tunjukkan aku jalan ... Suluhkan aku lampu cahaya ... biar dapat ku lihat jalan di hadapan ... Kerana aku sudah kehilangan arah ...      bukan aku yang patut menyuluhnya untuk mu .... tetapi dirimulah yg harus mencari dan menyuluhnya sendiri .... Mana bisa ku menyuluh sendiri .... Kerana jalan mu sudah terang ... bantuan mu amat ku harapkan .. Kerana tujuan kita sama , menuju ke jalan-Nya     memang benar tujuan kita sama ... aku hanya mampu menunjukkan mu arah tetapi cahaya dan perjalanan dirimulah yang harus lakukan ... Akan ku simpan kata-kata mu sebagai azimat untuk menempuhi perjalanan ku dalam mencari arah yang lurus ...    jangan   kau hanya memilih gelap tuk berjalan maka tdk lah engkau sampai destinasi yg tepat .. Doakan aku agar ku temui jalan yg terang benderang disinari rahmat dan hidayahNya. Agar dapat kita berjumpa kelak di S...

Renungan bersama bagi diri manusia

Image
Aku rindu imanku yg dulu. Yg mana hati berbunga2 ketika menghdiri majlis ilmu. Yg mna air mata mudah menitis bila mengenang dosa2 lalu. Yg mana qiamulail menjadi rutin harian ku. Aku rindu. Rindu. Sekarang.. Tanpa sedar aku terjatuh di dalam lembah jahiliyah. Menternak nafsu semata. Tiada lg mjlis ilmu. Tiada lg selawat. Tiada lg zikir. Tiada lagi tahajjud. Solat kdg2. Sedekah hilang. Hati aku keras. Aku nak berubah, tapi ntah. Nantilah.. Allah dah bagi hint. Allah dah sentuh hati kau. Allah dah bagi kau sedar. Cuma kau yg menolak. Berpura tak nampak. Apa lagi yg kau nak ? Hari ni kau buat kemungkaran, Ada ke lepastu Allah terus tarik rezeki? Terus cabut nyawa? Ada ? Kau tersungkur banyak kali atas dunia, Tuhan masih sygkn kau. Jgn bodoh sombong. Dunia cuma sementara. Hari ni sihat walafiat. Siapa tahu esok dicabut nyawa Tidak lambat walau sesaat tidak cepat walau sesaat...malaikat maut pasti datang tepat waktunya... Tapi aku disini masih ketawa ketawa...

Dimana letaknya cinta

Image
. Sahabat , Kita bukan malaikat , Yang imannya sentiasa meningkat . . Tak pernah ada hati dengan ajnabi ? Cinta tu fitrah . Terpulang pada diri untuk mengurusnya . Sama ada nak terus dok ingat si dia , Nak mesej dia , nak lagha dengan si dia . . ATAU . . Terus doa pada si Dia , Musyawwarah dengan family, Risik akhlak si dia , Dan percepatkan urusan pernikahan . . Terpulang pada kita. Cinta. Bukan untuk didelete, Tapi untuk dihidden. Sehingga tiba waktunya. . Tipulah kalau tak pernah ada hati dengan ajnabi, Tapi macam mana cara kita uruskannya. Sama ada kita terus cari cinta si dia, Atau terus mintak pada si Dia. . "Perempuan solehah tak mencari tapi dicari." . Lupakah pada kisah Saidatina Khadijah? Meminang sendiri Rasulullah melalui Maisarah? Bukan mudah untuk melabel wanita solehah itu bagaimana, begini begitu. Bukan mudah *tepukdadatanyaiman* 