Posts

Apa itu ukhuwah??

Image
Ukhuwah? Apa itu ukhuwah? Ukhuwah itu ertinya persahabatan. Yang dimana selalu ceritakan dia. Tentang kehebatanNya. Tidak pernah putus beri sokongan. Disaat dia putus asa. Sentiasa bersama menjalani suka dan duka. Tidak kira miskin atau kaya. Tapi pandangannya semua adalah sama. . Ukhuwah. Tak perlu kau ungkap dengan kata-kata. Tak perlu kau tunjuk dengan perbuatan. Tapi cukuplah doa sebagai senjata. Untuk mengeratkan lagi persahabatan kita. Agar kau dan dia. Tetap bersama. Seperti jalinan persahabatan Rasulullah dan para sahabatnya. Dan sentiasa berjanji. Untuk berjumpa ke syurga firdausi..

lelaki

Image
Dulu, Bila disebut lelaki, Wanitanya mendongak megah, Lelaki kami asadullah,saifullah, Tokoh ramai x terkira, Kini, Bila disebut lelaki, Wanitanya menunduk lemah, Tokoh kami sedikit sekali, Ramainya,boneka yahudi, Dulu, Bila disebut lelaki, Wanitanya Tenang di hati, Lelaki kami menjaga,melindungi, Kini, Bila disebut lelaki, Wanitanya cabut lari, Lelaki khianat,perogol bersiri, Dulu, Bila seorang wanita teraniaya, Sepasukan kuda putih bangkit membela, Al-mu'tasim kebanggan wanita, Kini, Ribuan wanita suci teraniaya, Fatimah diperkosa minta dibela, Lelaki tunduk tiada tenaga, Dulu, Bila wanita dibwah jagaannya, Lelaki melindungi sehabis daya, Tiada sesiapa berani menggoda, Kini, Bila wanita dibwah jagaannya, Lelaki x kisah auratnya terbuka, Wanitanya dibiar bebas,binasa, Dulu, Lelaki menggadai harta dan nyawa, Untuk mengangkat kemuliaan agama, Kini, Lelaki menggadai agama, Demi nafsu,dunia dan seisinya, Dulu, Lelaki bermatian mencipta sejarah...

ucapan raya ku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ ... Ramadan sudah sampai ke penghujungnya Sebelum terlupa hajat nak disampaikan; Sebelum orang berpusu² nak hantar ucapan; Dan sebelum Network/Line Trafik Jam...! Bagilah lori nie jalan dulu.. ./TT__|""""""""""""| '-'o'-'o'----'oo'----' Po0nn!! P0onn!! Tepi2..Tepi2.. Saya membawa ucapan sebagai tanda ingatan disebabkan > Bicara kadang²       tak terjaga. > Janji kadang²       terabaikan. > Hati kadang²       berperasangka. > Sikap kadang²      menyakitkan. 0leh itu maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki.....

kegelapan

Image
laluan yg gelap sering ku jalani.. apa yang harus aq lakukan.. agar ia menjadi terang... hidupku seperti dihimpit di dalam sangkar gelap.. tiada cahaya tiada warna... yang ada adlah warna gelapnya.. kerap kali bertanya pada diri.. sampai bila jadi begini... bukan ku tidak bersyukur pada ilahi.. namun ku rindukan kegembiraan tulus dari hati...

ramadhan ya ramadhan..

Image
Mawar Agama seindah muslimah, Hiasan Ilmu Di tengah laman, Harum RAMADHAN tercium sudah, Salah dan khilaf harap di maafkan, Mawar berduri tetap dihati, Muslimah ilmu srikandi sejati, Ramadhan berkunjung x lama lagi, Sucikan hati hiasi peribadi, Tiada kemenangan tanpa zikrullah, Tiada amal tanpa keikhlasan, Ampunan dan kemaafan itu fitrah, Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, Nafasmu hamba mjadi tasbih, Tidurmu hamba mjadi ibadah, Lafaz bibir mu dgn tasbih, Amalmu, doamu dikasihi Allah, Ahli ibadah dikasihi tuhan, Menentang nafsu dan jg syaitan, Diri ku ini memohon kemaafan, Salam ceria dan kasih menuju Ramadhan.... SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM...INGT POSE TAU JANGN TAK POSE...

Rumput contoh terbaik

Image
Renungan utk smua ... Istiqamah seperti rumput. Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan. Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras? Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras. Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah. Jadilah seperti rumput.... Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapaf menggugat. Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut.  Sepakat membawa berkat...

antara sahabat

Image
apabila berkawan jadilah yang penyayang, lemah lembutlah terhadap setiap perbuatan, kerana temanmu bukan semuanya dapat bertahan, dengan gurauan-gurauan, yang agak kasar dan menyakitkan..  jangan menduga dia menerima dengan terbuka, mungkin di hatinya tersimpan luka, tapi disebabkan cintanya kepadamu yang membataskan kehendaknya disuarakan.  jadilah insan yang memahami, gurauan dilafaz difikiri dengan teliti, agar hati semua bisa harmoni, persahabatn berjalan dengan keikhlasan yang mewarnai.  jadilah yang peka, jika temanmu mula terasa, jangan terlalu menyalahkannya, mungkin dia sudah terlalu lama menanggung kecewa akibat perbuatan kita.  hulurkan kemaafan dengan senyuman, tunjukkan bahawa dia teman yang kau sayang, kita mungkin boleh keseorangan, tapi bukan untuk setiap waktu, ada ketika kita kan saling memerlukan, kita kan mengharapkan teman teman disamping menemani hidup diperjalanan. ...